BERAPAKAH UMPANAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI HULU SELANGOR!
Ya itulah persoalan yang bermain dibenak saya sejak semalam. Ini adalah kerana pada setiap kali pilihanraya kecil, pastinya ada umpanan yang menarik disediakan oleh BN untuk para pengundi disesuatu kawasan pilihanraya itu.
Tanpa umpanan projek-projek mega, tanpa umpanan projek khidmat bakti segera, untuk menolong membaiki atap, paip bocor, longkang tersumbat, dan sebagainya tanpa pemberian peruntukan itu-ini, tanpa penyampaian hadiah keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM dan lain-lain program maka akan terasalah kekurangan persediaan BN untuk menghadapi pilihanraya itu.
Semalam semasa semang-sembang kedai kopi, saya bertanyakan beberapa orang pemuda sejauh manakah pembangunan yang dijanjikan di Manik Urai oleh BN telah dilakukan? Jawabnya, oh pembangunan yang dilakukan oleh BN itu begitu hebat sekali, sesuai dengan gelaran yang diberikan selama ini kepada BN yang hanya pandai berjanji semasa pilihanraya, kalau dapat dilaksanakan semasa pilihanraya itu, maka beruntunglah rakyat setempat, tetapi kalau selepas pilihanraya, macam biasalah janganlah harap. Apa-pun tarak!
Katanya lagi, datanglah sendiri ke kawasan Manik Urai untuk memastikan kata-katanya itu betul atau pun tidak.
Seterusnya beliau menjangkakan dalam PRK Hulu Selangor ni, BN akan mencapai kemenangan besar. Yalah kerana semua orang kelabu mata, pendek akal fikiran kalau duit dah ada depan mata dan banyak pula nilainya. Hanya pejuang sejati, pejuang yang cekal sahaja tidak akan tersungkur, tidak akan rebah dengan sogokan duit yang banyak.
Katanya kalau di Manik Urai dulu, setiap pengundi diumpan sebanyak RM1000 seorang hanya untuk BN memenangi DUN. Maka tentunya untuk memenangi kawasan parlimen Hulu Selangor, adalah dijangkakan setiap pengundi akan disogok sebanyak RM2000 seorang. Kalau tidak diberikan pula, jawabnya pengundi-pengundi akan lari mengundi pembangkang. Ya lah sebagi pengundi-pengundi tentunya mereka tentu mengharapkan BN menghulurkan umpan yang biasanya diberikan ditempat lain, takkan di Hulu Selangor ni tak diberikan pula?
Harapan mereka untuk mendapatkan WANG BESAR, WANG BESAR tentulah berdasarkan perkembangan semasa yang menarik, yang mana begitu banyak, begitu ramai orang-orang besar parti PKR melompat parti meninggalkan PKR dan memasukki UMNO. ada Ketua wanita PKR, ada doktor peribadi pucuk pimpinan PKR, ada ADUN PKR dan bermacam-macam lagi aktiviti lompat melompat.
Jadi melihatkan begitu galaknya senario lompat melompat pemimpin-pemimpin PKR untuk menyertai BN, maka rakyat mesti tertanya-tanya berapakah harga yang dibayar kepada mereka yang berkenaan untuk melompat tu.
Eh, kalau mereka pemimpin-pemimpin PKR lompat tu harganya mestilah tinggi. Kita sebagai pengundi pun ada harganya juga tahu. Berapakah pula harga kita untuk mengundi BN? RM2000 cukup kot? kalau BN bayar bolehlah kita undi BN! kalau tidak, kita tak payahlah undi BN kita tak rugi apa-apa pun. Kita pun ada harga tau. Tunggu dan lihat, BN bayar tak undi kita. Berbaloi tak bayaran yang dibuatnya kepada kita?
Hai beruntungnya orang-orang Hulu Selangor tu. Setiap undi anda amatlah berharga dan harganya begitu tinggi bayarannya dibayar oleh BN. Patutlah ada orang yang beria-ia sangat nak jadi calun bebas! rupanya-rupanya untuk memastikan BN ditentang dan sekiranya calun BN itu tak hendak ditentang, dapatlah sedikit habuannya untuk menarik diri dan BN pula mendapat sedikit extra mileage dalam pilihanraya itu.
Kesiannya BN, sudah sampai kesitu tanggapan dan harapan pengundi-pengundi kepada BN. Kenapa jadi macam ni? Betulkah bayaran itu dilakukan oleh BN dalam PRK-PRK sebelum ni ataupun ianya harga yang diletakkan oleh rakyat untuk mengundi BN?
Kalaulah rakyat meletakkan harga itu untuk mengundi BN, ianya mungkin ada kaitan dengan precedent yang dimulakan oleh BN sebelum ini ditempat-tempat lain. Mungkin ianya ada kaitan dengan program "jom balik kampung, undi BN" atau mungkinkah ianya ada kaitan dengan rakyat melihat para pemimpin BN rata-ratanya memilikki kereta mewah, rumah besar bagaikan istana, lagak bagaikan putera raja dan sebagainya.
Ianya mungkin juga ada kaitan dengan keupayaan pemimpin-pemimpin BN mendapat projek-projek mega membina stadium, hospital, jalanraya, pembinaan lebuh raya, pemilikkan saham dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, keuntungan penjualan pasir ke Singapura, Pengedalian Pelabuhan Kelang dan lain-lain. Maklumlah rakyat hari ni memilikki peralatan canggih untuk mengetahui dan menyampaikan sesama mereka maklumat terkini. Mungkin dengan itu mereka ingin dapatkan sebahagian kecil apa yang dimilikki oleh pemimpin-pemimpin BN.
Mungkin itu, mungkin ini, hanya rakyat sahaja yang lebih mengetahuinya. maklumlah bilangannya ramai menyebabkan mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Tentang andaian yang dibuat oleh rakyat sana sini, tak tahulah entahkan betul, entahkan tidak, fikir-fikirkanlah sendiri dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita dan negara kita.
NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.
Hapuskan rasuah termasuk pilihanraya. Kita mungkin terasa gembira, masa kita menerimanya dari pemimpin negara, tetapi sesudahnya pilihanraya, kita terpaksa membayar lebih dari apa yang kita terima. Apa yang kita terima tika pilihanraya sekelumit cuma, tapi bayaran yang kita kena bayar lepas pilihanraya, berganda-ganda. Itulah bahana yang terpaksa diterima, akibat calun BN kita terima, jadi wakli rakyat kita, kita digigitnya pula!
Aduhai kesiannya adik-adik polis, abang-abang polis,
bertugas sepanjang masa,
tidak kira masa,
tidak kira ketika,
keselamatan PRK Hulu Selangor menjadi tanggung jawabnya,
tapi sayangnya,
usahkan dapat ganjaran dan imbuhan bertugas lebih masa,
hendak dapatkan makanan percuma, macam biasa tika pilihanraya, pun tiada,
jadi habis pokai dan kering kontang poket dibuatnya,
maklumlah terpaksa membeli makanan dan minunan yang harganya berganda-ganda,
oh kesiannya,
tapi apa nak dikata,
dah menjadi tanggungjawabnya,
bertugas demi keselamatan kita semua,
walaupun kenaikan gaji yang dijanjikan tidak diterima,
dan macam-macam lagi kalau hendak dicerita,
jadi lebih baik tanya sendiri, tuan punya badan empunya cerita,
barulah lebih nyata,
kesiannya,
kesian!
kesian!
No comments:
Post a Comment